Apakah Itu?
i. Exposure
Dengan
mengenali dan memahami asas ‘exposure’, ia akan meningkatkan lagi teknik
fotografi kita menjadi lebih professional. Untuk pengetahuan umum, keadaan di dalam kamera adalah gelap. Jadi,
apabila imej dirakam, shutter pada kamera akan terbuka dan
cahaya dari luar akan masuk melalui lensa. Cahaya akan dihantar terus pada ‘image
sensor’ untuk mendapatkan exposure (dedahan cahaya).Tidak kira kita menggunakan kamera digital atau kamera
filem, konsep yang digunakan adalah sama.
Exposure (dedahan) ini bermaksud menyukat dan mengimbang cahaya. Terlalu banyak cahaya yang masuk akan membuatkan imej
menjadi cerah atau putih. Sebaliknya, jika kekuranga cahaya pula, imej akan
menjadi terlalu gelap ataupun langsung tidak kelihatan. Imej fotografi yang bagus bergantung kepada pengiraan tetapan exposure (dedahan) yang akan dihantar dengan jumlah exposure (dedahan) yang betul. Sebagai
juru kamera, kita boleh mengawal kuantiti cahaya masuk dengan melaraskan
shutter speed, aperture dan ISO.Sesungguhnya, pengaplikasian teknikal exposure yang baik, akan dapat merakamkan imej yang sama dari segi warna dan cahaya yang mewakili keadaan sebenar. Hal ini kerana, sensor imej atau filem amat sensitif pada cahaya dan jika exposure (dedahan) terlalu gelap atau terlalu terang, hasil imej tidak akan kelihatan seperti “real life” atau suasana sebenar yang sedang dilihat. Mari kita teliti gambar di bawah ini, 3 imej yang sama, tetapi exposure yang berlainan:
kiri:underexposure, tengah:normal exposure, kanan:overexposure |
ii.
Aperture
Secara
ringkas 'Aperture' bermaksud saiz bukaan 'shutter' pada lens apabila gambar diambil. Apabila anda menekan butang 'shutter release'
pada kamera anda, satu bukaan lubang akan terbentuk pada kamera anda dan
membolehkan sensor imej pada kamera mendapat sedikit 'glimpse' atau imbasan
mengenai keadaan yang ingin dirakamkan. Tetapan
aperture yang anda pilih akan menentukan saiz bukaan tersebut. Semakin
besar bukaan 'shutter' maka semakin banyak cahaya memasuki lens - semakin kecil
bukaan 'shutter' maka semakin kurang jumlah cahaya yang memasuki
lens. Aperture diukur dalam nilai 'f-stops'. Anda sering melihat ia
dirujuk sebagai f/number - contoh: f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/22, dsb.
Menukarkan nilai f-stop dari satu tetapan ke tetapan yang lain akan menggandakan/mengurangkan saiz bukaan shutter (dan jumlah cahaya yang masuk melalui lens). Harus diingat bahawa menukarkan ketetapan 'shutter speed' juga akan menggandakan/ mengurangkan jumlah cahaya yang memasuki kamera - ini bermakna sekiranya anda meninggikan aperture dan mengurangkan shutter speed (atau sebaliknya) maka ia akan membenarkan cahaya masuk ke dalam kamera dalam jumlah yang sama. Satu perkara yang sering memberikan kekeliruan kepada pengguna DSLR yang baru adalah: Aperture besar (banyak cahaya dibenarkan masuk) diberikan nilai f-stop yang kecil, manakala aperture kecil (kurang cahaya dibenarkan masuk) diberikan nilai f-stop yang besar. Sebagai contoh mudah - Aperture f/1.4 adalah lebih besar berbanding aperture f/22.
Menukarkan nilai f-stop dari satu tetapan ke tetapan yang lain akan menggandakan/mengurangkan saiz bukaan shutter (dan jumlah cahaya yang masuk melalui lens). Harus diingat bahawa menukarkan ketetapan 'shutter speed' juga akan menggandakan/ mengurangkan jumlah cahaya yang memasuki kamera - ini bermakna sekiranya anda meninggikan aperture dan mengurangkan shutter speed (atau sebaliknya) maka ia akan membenarkan cahaya masuk ke dalam kamera dalam jumlah yang sama. Satu perkara yang sering memberikan kekeliruan kepada pengguna DSLR yang baru adalah: Aperture besar (banyak cahaya dibenarkan masuk) diberikan nilai f-stop yang kecil, manakala aperture kecil (kurang cahaya dibenarkan masuk) diberikan nilai f-stop yang besar. Sebagai contoh mudah - Aperture f/1.4 adalah lebih besar berbanding aperture f/22.
Aperture besar (1) dan aperture kecil (2) |
Rajah di atas menunjukkan perbezaan di antara
'Aperture Besar' dan 'Aperture Kecil'. Perhatikan
'Aperture Besar' (f-number yang kecil) membolehkan lebih banyak cahaya masuk ke
dalam kamera kerana saiz bukaan shutter diafgram adalah lebih besar. Manakala pada 'Aperture Kecil'
(f-number besar) anda dapat perhatikan bahawa cahaya tidak mudah memasuki kamera
kerana saiz bukaan shutter diafgram adalah lebih kecil.
iii. Shutter
speed
Secara teorinya, ‘Shutter Speed’ ialah elemen
yang akan mengawal jumlah dedahan cahaya yang masuk ke dalam sensor DSLR. Di
mana kemasukan chaya ini akan memberikan kesan seperti semakin laju shutter speed bermakna
dedahan cahaya akan berkurang dan menghasilkan foto yang kurang cerah (underexpose). Slow shutter speed akan menghasilkan gambar kepada lebihan dedahan cahaya
(overexpose). Oleh itu, untuk
mengawal kamera, shutter speed mestilah antara 1/15 ke atas hal ini adalah untuk mengelakkan kesan
kabur (blur) pada gambar yang
diambil. Sebaliknya, fast shutter speed pula akan mengkakukan (freeze) sesuatu pergerakan tanpa kesan kabur. Sesungguhnya, pemilihan shutter
speed bergantung kepada Peraturan Ibu Jari (Rule of Thumb) yang
menyatakan shutter speed adalah bersamaan atau laju daripada
1/(panjang focal lens) saat. Contohnya jika kita menggunakan lensa 200mm, maka
kita perlu menggunakan shutter speed minimum iaitu 1/200saat
untuk mendapatkan imej yang tajam (sharp). Namun, peraturan ini semakin
dilupakan atau tidak diaplikasikan semenjak teknologi penstabilan imej wujud
iaitu sama ada Image Stabilizer (IS Canon) mahupun Vibration
Reduction (VR Nikon).
Shutter Speed
|
Typical Examples
|
1 - 30+ saat
|
Khusus untuk waktu malam dan gambar cahaya rendah
pada tripod
|
2 - 1/2 saat
|
Untuk menambahkan kejernihan air pada
gambar air yang sedang mengalir
|
1/2 to 1/30 saat
|
untuk menghasilkan gerakan kabur pada latar
belakang sesuatu objek yang sedang bergerak
Perlu di ambil dengan penuh cermat dan kedudukan kamera yang stabil |
1/50 - 1/100 saat
|
Gambar di ambil secara manual tanpa zoom
besar
|
1/250 - 1/500 saat
|
Menghasilkan bjek kaku (freeze) bagi mana-mana
objek yang bergerak
|
1/1000 - 1/4000 saat
|
Mengkakukan (freeze) objek yang bergerak
tersangat pantas
|
Fast shutter speed |
Slow shutter speed |
iv. Composition
Komposisi adalah cara menyusun objek dalam gambar. Bagi
anda yang baru menceburi bidang fotografi kaedah menyusun dalam komposisi perlu
difahami. Jangan biarkan objek dalam gambar menjadi berterabur tanpa haluan.
Letakkan objek utama dengan jelas jika tidak penatap gambar akan jemu dan tidak
suka melihatnya. Beberapa konsep perlu ada ketika merakam gambar:
- Gambar pastinya jelas dengan penggunaan fstop yang betul. Sutter Speed yang bersesuaian.
- Jangan terlalu padat dengan banyak subjek.
- Letakkan subjek utama pada tempat yang betul. Contoh: merakam permainan bola sepak biar nampak pemain sedang bersama bola sepak bukan bola raqbi.
- Pencahayaan biar betul jangan terlalu under atau overexpose.
- Focusing kena tepat agar gambar menjadi tajam.
- Kedudukan ketika merakam gambar perlu mantap agar gambar tidak goyang. Gunakan tripod, monopod dan sebagainya untuk menghasilkan gambar yang tidak bergoyang.
- Penggunaan lens yang tepat adalah cara yang baik untuk merakam gambar. Jangan menggunakan lens 17 mm untuk gambar potret. Jangan guna lens wide angle untuk merakam gambar close-up. *Lihat slaid: 5 hingga 13.
v. Rule of Thirds
Rule of third adalah teori berkenaan komposisi
gambar. Biasanya, bila rakam gambar,kita akan compose supaya subjek kita berada
di bahagian tengah gambar. Cara ini tidak salah, tetapi kurang menarik kerana
straight forward.Untuk lebih kreatif, kita
boleh compose gambar kita supaya subjek berada di bahagian lain selain dari
bahagian tengah gambar kita. Tetapi, bagaimanakah komposisi subjek yang paling
sesuai dalam sesuatu gambar? Teori rule of third ini memberikan panduan kepada
kita dimana harus kita letakkan subjek kita di dalam gambar yang dirakam.
Untuk menggunakan teori rule of third, anda perlu bayangkan 2 garis menegak dan
2 garis melintang dalam viewfinder anda. Garisan-garisan ini perlu menghasilkan
9 bahagian yang sama besar. Ingat, anda perlu bayangkan sahaja garisan ini,
garisan ini tidak terdapat dalam viewfinder anda. Untuk menepati teori rule of
third, subjek anda perlu berada pada mana-mana titik pertemuan garisan-garisan
ini. Ada 4 titik pertemuan kesemuanya. Jika anda tidak dapat letakkan subjek
anda pada salah satu titik pertemuan ini, sekurang-kurangnya, subjek anda mesti
berada hampir dengan titik pertemuan ini. Menurut kajian, jika subjek anda
berada pada salah satu titik pertemuan garisan menegak dan melintang ini,
subjek akan jadi lebih ‘outstanding’ atau menyerlah di dalam gambar.
Biasanya, tanpa menggunakan teori rule of third, jurugambar akan meletakkan
subjek di bahagian tengah gambar. Cara ini tidak mengikuti panduan rule of
third. Hasilnya, gambar akan nampak kurang menarik dari segi komposisi.
Apabila seseorang jurugambar ingin meletakkan subjek selain dari di bahagian tengah gambar, tetapi tidak mengikuti teori rule of third, hasil gambarnya juga akan jadi kurang menarik dari segi komposisi. Gambar dengan komposisi seperti gambar di atas ini tidak mengikuti panduan rule of third kerana subjek tidak berada di titik pertemuan garisan menegak dan garisan melintang.
Gambar di atas dirakam dengan komposisi yang betul menepati teori rule of third kerana subjek (badan burung) diletakkan pada titik pertemuan garisan tegak dan melintang. Komposisi gambar ini kelihatan lebih menarik. Nota: Selain dari rule of third, anda juga perlu pertimbangkan mengenai looking room. Looking room atau ruang pandangan adalah ruang kosong di hadapan subjek anda sekiranya subjek anda memandang ke kanan atau memandang ke kiri (Dikecualikan jika subjek memandang kamera atau membelakangkan kamera). Seperti burung helang di atas, dengan guna teknik looking room, kita membiarkan ruang kosong di hadapan burung helang. Adalah menyalahi panduan looking room jika kita letakkan burung helang pada titik atas sebelah kanan atau titik bawah sebelah kanan.
Teori rule of third hanyalah sebagai panduan untuk komposisi yang baik. Disebabkan fotografi adalah seni dan seni adalah subjektif, adakalanya, kita boleh ‘melanggar’ peraturan dengan tidak mengikuti panduan yang ditetapkan oleh rule of third. Gambar di atas tidak mengikuti teori rule of third kerana badan burung tidak berada pada titik pertemuan garisan menegak dan melintang. Namun, dengan komposisi ini, gambar juga kelihatan menarik kerana kita dapat lihat percikan air di belakang burung yang sedang terbang.
vi. Depth
of fields
'Depth of Field' (DOF) adalah jumlah pada gambar anda
yang tampak berada di dalam keadaan fokus (ketajaman atau seberapa
jelas). Large depth of field membawa maksud hampir
semua/kebanyakan gambar yang anda ambil adalah berada keadaan fokus tidak
kira subjek tersebut berada dekat atau jauh dari kamera anda. Ini boleh
dihasilkan dengan menggunakan tetapan aperture kecil (f-number besar) seperti
f/22 - di mana foreground dan background subjek akan tampak fokus dan
tajam. Small depth of field pula membawa maksud hanya
sebahagian daripada imej yang anda ambil berada dalam keadaan fokus dan
selebihnya menjadi kabur (fuzzy). Ini boleh dihasilkan dengan menggunakan tetapan
aperture besar (f-number kecil) seperti f/1.8 - di mana selalunya salah satu foreground/background akan berada dalam keadaan fokus. Aperture memberikan impak yang besar
terhadap depth of field. Aperture besar akan mengurangkan kesan depth of
field manakala aperture kecil akan meninggikan kesan depth of field. Ini mungkin
akan memberikan sedikit kekeliruan kepada pengguna DSLR yang baru, namun
sedikit demi sedikit anda akan memahaminya. Cara mudah untuk mengingati
kesan saiz aperture terhadap Depth
of Field - nombor f-kecil
(Aperture besar) bermaksud DOF kurang, nombor f-besar (Aperture kecil)
bermaksud DOF banyak.
Contoh gambar small depth of field |
Contoh gambar large depth of field |
vi. Balance
Dalam fotografi, balance merupakan salah satu teknik komposisi di mana ia merupakan elemen visual yang terdapat dalam sesebuah bingkai (frame) yang mempunyai berat. Objek ayng besar biasanya mempunyai berat yang lebih berbanding objek yang kecil manakala objek gelap pula mempunyai berat yang lebih berbanding objek terang. Oleh itu, posisi elemen juga memainkan peranan yang kritikal di mana posisi di tengah-tengah selalu dikatakan sebagai posisi yg seimbang. Namun begitu, keseimbangan juga boleh diperolehi jika bahagian yang lebih berat di sebelah kanan diseimbangkan dgn yg lebih ringan di sebelah kiri di mana posisi yang lebih ringan hendaklah berada jauh daripada posisi tengah.
Salah satu cara utk mperolehi keseimbangan adalah melalui simetri (symmetry). Pantulan permukaan lanskap di atas air yang tenang antara contoh simetri yang terbaik. Pantulan juga boleh diterjemahkan di atas kanvas seperti ‘Rorschach inkblot’ yang digunakan dalam ujian psikologi.
Salah satu cara utk mperolehi keseimbangan adalah melalui simetri (symmetry). Pantulan permukaan lanskap di atas air yang tenang antara contoh simetri yang terbaik. Pantulan juga boleh diterjemahkan di atas kanvas seperti ‘Rorschach inkblot’ yang digunakan dalam ujian psikologi.
]Sebelum capture image, tentukan setting mode anda. Yang penting jangan takut untuk mencuba dan latihan sehingga anda mampu memahami dan menggunakan mode-mode kamera DSLR ini secara maksimum.
Selamat Meneroka kamera anda...
Selamat Meneroka kamera anda...
informasi yang padat dan mampu membimbing mereka yang masih baru dalam bidang fotografi :)
ReplyDeleteterima kasih kak ili..
Delete