Friday, 16 May 2014

Konsep Asas dalam Fotografi

Apakah Itu?

i.            Exposure

                 Dengan mengenali dan memahami asas ‘exposure’, ia akan meningkatkan lagi teknik fotografi kita menjadi lebih professional. Untuk pengetahuan umum, keadaan di dalam kamera adalah gelap. Jadi, apabila imej dirakam, shutter pada kamera akan terbuka dan cahaya dari luar akan masuk melalui lensa. Cahaya akan dihantar terus pada ‘image sensor’ untuk mendapatkan exposure (dedahan cahaya).Tidak kira kita menggunakan kamera digital atau kamera filem, konsep yang digunakan adalah sama.            
                Exposure (dedahan) ini bermaksud menyukat dan mengimbang cahaya. Terlalu banyak cahaya yang masuk akan membuatkan imej menjadi cerah atau putih. Sebaliknya, jika kekuranga cahaya pula, imej akan menjadi terlalu gelap ataupun langsung tidak kelihatan. Imej fotografi yang bagus bergantung kepada pengiraan tetapan exposure (dedahan) yang akan dihantar dengan jumlah exposure (dedahan) yang betul. Sebagai juru kamera, kita boleh mengawal kuantiti cahaya masuk dengan melaraskan shutter speed, aperture dan ISO.
                Sesungguhnya, pengaplikasian teknikal exposure yang baik, akan dapat merakamkan imej yang sama dari segi warna dan cahaya yang mewakili  keadaan sebenar. Hal ini kerana, sensor imej atau filem amat sensitif pada cahaya dan jika exposure (dedahan) terlalu gelap atau terlalu terang, hasil imej tidak akan kelihatan seperti “real life” atau suasana sebenar yang sedang dilihat. Mari kita teliti gambar di bawah ini, 3 imej yang sama, tetapi exposure yang berlainan:

4729858037 b6473bb5bc b Apa itu Exposure?
kiri:underexposure, tengah:normal exposure, kanan:overexposure

ii.         Aperture

 Secara ringkas 'Aperture' bermaksud saiz bukaan 'shutter' pada lens apabila gambar diambil. Apabila anda menekan butang 'shutter release' pada kamera anda, satu bukaan lubang akan terbentuk pada kamera anda dan membolehkan sensor imej pada kamera mendapat sedikit 'glimpse' atau imbasan mengenai keadaan yang ingin dirakamkan. Tetapan aperture yang anda pilih akan menentukan saiz bukaan tersebut. Semakin besar bukaan 'shutter' maka semakin banyak cahaya memasuki lens - semakin kecil bukaan 'shutter' maka semakin kurang jumlah cahaya yang memasuki lens. Aperture diukur dalam nilai 'f-stops'. Anda sering melihat ia dirujuk sebagai f/number - contoh: f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/22, dsb.
     Menukarkan nilai f-stop dari satu tetapan ke tetapan yang lain akan menggandakan/mengurangkan saiz bukaan shutter (dan jumlah cahaya yang masuk melalui lens). Harus diingat bahawa menukarkan ketetapan 'shutter speed' juga akan menggandakan/ mengurangkan jumlah cahaya yang memasuki kamera - ini bermakna sekiranya anda meninggikan aperture dan mengurangkan shutter speed (atau sebaliknya) maka ia akan membenarkan cahaya masuk ke dalam kamera dalam jumlah yang sama.      Satu perkara yang sering memberikan kekeliruan kepada pengguna DSLR yang baru adalah: Aperture besar (banyak cahaya dibenarkan masuk) diberikan nilai f-stop yang kecil, manakala aperture kecil (kurang cahaya dibenarkan masuk) diberikan nilai f-stop yang besar. Sebagai contoh mudah - Aperture f/1.4 adalah lebih besar berbanding aperture f/22.
Mekanisme aperture bagi Canon 50mm f/1.8 ll lensa
Aperture besar (1) dan aperture kecil (2)
Rajah di atas menunjukkan perbezaan di antara 'Aperture Besar' dan 'Aperture Kecil'. Perhatikan 'Aperture Besar' (f-number yang kecil) membolehkan lebih banyak cahaya masuk ke dalam kamera kerana saiz bukaan shutter diafgram adalah lebih besar. Manakala pada 'Aperture Kecil' (f-number besar) anda dapat perhatikan bahawa cahaya tidak mudah memasuki kamera kerana saiz bukaan shutter diafgram adalah lebih kecil. 

iii.       Shutter speed

 Secara teorinya, ‘Shutter Speed’ ialah elemen yang akan mengawal jumlah dedahan cahaya yang masuk ke dalam sensor DSLR. Di mana kemasukan chaya ini akan memberikan kesan seperti semakin laju shutter speed  bermakna dedahan cahaya akan berkurang dan menghasilkan foto yang kurang cerah (underexpose). Slow shutter speed akan menghasilkan gambar kepada lebihan dedahan cahaya (overexpose). Oleh itu, untuk mengawal kamera, shutter speed mestilah antara 1/15 ke atas hal ini adalah untuk mengelakkan kesan kabur (blur) pada gambar yang diambil. Sebaliknya, fast shutter speed pula akan mengkakukan (freeze) sesuatu pergerakan tanpa kesan kabur. Sesungguhnya, pemilihan shutter speed bergantung kepada Peraturan Ibu Jari (Rule of Thumb) yang menyatakan shutter speed adalah bersamaan atau laju daripada 1/(panjang focal lens) saat. Contohnya jika kita menggunakan lensa 200mm, maka kita perlu menggunakan shutter speed minimum iaitu 1/200saat untuk mendapatkan imej yang tajam (sharp). Namun, peraturan ini semakin dilupakan atau tidak diaplikasikan semenjak teknologi penstabilan imej wujud iaitu sama ada Image Stabilizer (IS Canon) mahupun Vibration Reduction (VR Nikon).
Shutter Speed
Typical Examples
1 - 30+ saat
Khusus untuk waktu malam dan gambar cahaya rendah pada tripod
2 - 1/2 saat
Untuk menambahkan kejernihan air pada gambar air yang sedang mengalir
1/2 to 1/30 saat
untuk menghasilkan gerakan kabur pada latar belakang sesuatu objek yang sedang bergerak
Perlu di ambil dengan penuh cermat dan kedudukan kamera yang stabil
1/50 - 1/100 saat
Gambar di ambil secara manual tanpa zoom besar
1/250 - 1/500 saat
Menghasilkan bjek kaku (freeze) bagi mana-mana objek yang bergerak


1/1000 - 1/4000 saat
Mengkakukan (freeze) objek yang bergerak tersangat pantas

Fast shutter speed
Slow shutter speed

iv.         Composition

             Komposisi adalah cara menyusun objek dalam gambar. Bagi anda yang baru menceburi bidang fotografi kaedah menyusun dalam komposisi perlu difahami. Jangan biarkan objek dalam gambar menjadi berterabur tanpa haluan. Letakkan objek utama dengan jelas jika tidak penatap gambar akan jemu dan tidak suka melihatnya.          Beberapa konsep perlu ada ketika merakam gambar:
  •          Gambar pastinya jelas dengan penggunaan fstop yang betul. Sutter Speed yang bersesuaian.
  •         Jangan terlalu padat dengan banyak subjek.
  •         Letakkan subjek utama pada tempat yang betul. Contoh: merakam permainan bola sepak biar nampak pemain sedang bersama bola sepak bukan bola raqbi.
  •         Pencahayaan biar betul jangan terlalu under atau overexpose.
  •         Focusing kena tepat agar gambar menjadi tajam.
  •         Kedudukan ketika merakam gambar perlu mantap agar gambar tidak goyang. Gunakan tripod, monopod dan sebagainya untuk menghasilkan gambar yang tidak bergoyang.
  •         Penggunaan lens yang tepat adalah cara yang baik untuk merakam gambar. Jangan menggunakan lens 17 mm untuk gambar potret. Jangan guna lens wide angle untuk merakam gambar close-up. *Lihat slaid: 5 hingga 13.
      Elemen-elemen dalam komposisi ialah seperti Perspektif, Framing, Background, Foground, Rule of Third, Garisan, Bayang, Panning amat perlu dititik beratkan.Perspektif:Ialah keadaan gambar yang menunjukkan ada penghujung pada satu-satu subjek. Contohnya ialah keadaan jalan raya yang mengecil dibahagian hujung merupakan elemen komposisi Perspektif yang dimaksudkan.Framing:Gambar tidak cantik kalau dibiarkan kosong sahaja pada langit yang putih. Oleh itu, meletakkan objek sampingan adalah keadaan framing yang dimaksudkan. Letakkan pokok bunga atau apa saja agar ia menjadi subjek untuk merehatkan mata. Background & Foground:Elemen ini akan mencantikkan lagi gambar yang kita rakam. Tanpa latar belakang gambar akan menjadi kosong. Kalau kita tambahkan dengan latar depan maka hiasan gambar akan lebih menarik. Contohnya, laut adalah latar belakang, manakala pasir adalah latar depan.Rule of Third:Jangan rakam gambar di tengah-tengah frame. Letakkan ke kiri atau ke kanan agar gambar lebih bercerita. Jadikan canves gambar agar penuh dan jangan ada kosong.

v.      Rule of Thirds

Rule of third adalah teori berkenaan komposisi gambar. Biasanya, bila rakam gambar,kita akan compose supaya subjek kita berada di bahagian tengah gambar. Cara ini tidak salah, tetapi kurang menarik kerana straight forward.Untuk lebih kreatif, kita boleh compose gambar kita supaya subjek berada di bahagian lain selain dari bahagian tengah gambar kita. Tetapi, bagaimanakah komposisi subjek yang paling sesuai dalam sesuatu gambar? Teori rule of third ini memberikan panduan kepada kita dimana harus kita letakkan subjek kita di dalam gambar yang dirakam.          


Untuk menggunakan teori rule of third, anda perlu bayangkan 2 garis menegak dan 2 garis melintang dalam viewfinder anda. Garisan-garisan ini perlu menghasilkan 9 bahagian yang sama besar. Ingat, anda perlu bayangkan sahaja garisan ini, garisan ini tidak terdapat dalam viewfinder anda. Untuk menepati teori rule of third, subjek anda perlu berada pada mana-mana titik pertemuan garisan-garisan ini. Ada 4 titik pertemuan kesemuanya. Jika anda tidak dapat letakkan subjek anda pada salah satu titik pertemuan ini, sekurang-kurangnya, subjek anda mesti berada hampir dengan titik pertemuan ini. Menurut kajian, jika subjek anda berada pada salah satu titik pertemuan garisan menegak dan melintang ini, subjek akan jadi lebih ‘outstanding’ atau menyerlah di dalam gambar.

    Biasanya, tanpa menggunakan teori rule of third, jurugambar akan meletakkan subjek di bahagian tengah gambar. Cara ini tidak mengikuti panduan rule of third. Hasilnya, gambar akan nampak kurang menarik dari segi komposisi.

     Apabila seseorang jurugambar ingin meletakkan subjek selain dari di bahagian tengah gambar, tetapi tidak mengikuti teori rule of third, hasil gambarnya juga akan jadi kurang menarik dari segi komposisi. Gambar dengan komposisi seperti gambar di atas ini tidak mengikuti panduan rule of third kerana subjek tidak berada di titik pertemuan garisan menegak dan garisan melintang.

    Gambar di atas dirakam dengan komposisi yang betul menepati teori rule of third kerana subjek (badan burung) diletakkan pada titik pertemuan garisan tegak dan melintang. Komposisi gambar ini kelihatan lebih menarik. Nota: Selain dari rule of third, anda juga perlu pertimbangkan mengenai looking room. Looking room atau ruang pandangan adalah ruang kosong di hadapan subjek anda sekiranya subjek anda memandang ke kanan atau memandang ke kiri (Dikecualikan jika subjek memandang kamera atau membelakangkan kamera). Seperti burung helang di atas, dengan guna teknik looking room, kita membiarkan ruang kosong di hadapan burung helang. Adalah menyalahi panduan looking room jika kita letakkan burung helang pada titik atas sebelah kanan atau titik bawah sebelah kanan.

    Teori rule of third hanyalah sebagai panduan untuk komposisi yang baik. Disebabkan fotografi adalah seni dan seni adalah subjektif, adakalanya, kita boleh ‘melanggar’ peraturan dengan tidak mengikuti panduan yang ditetapkan oleh rule of third. Gambar di atas tidak mengikuti teori rule of third kerana badan burung tidak berada pada titik pertemuan garisan menegak dan melintang. Namun, dengan komposisi ini, gambar juga kelihatan menarik kerana kita dapat lihat percikan air di belakang burung yang sedang terbang.

vi.       Depth of fields

'Depth of Field' (DOF) adalah jumlah pada gambar anda yang tampak berada di dalam keadaan fokus (ketajaman atau seberapa jelas).     Large depth of field membawa maksud hampir semua/kebanyakan gambar yang anda ambil adalah berada keadaan fokus tidak kira subjek tersebut berada dekat atau jauh dari kamera anda. Ini boleh dihasilkan dengan menggunakan tetapan aperture kecil (f-number besar) seperti f/22 - di mana foreground dan background subjek akan tampak fokus dan tajam.    Small depth of field pula membawa maksud hanya sebahagian daripada imej yang anda ambil berada dalam keadaan fokus dan selebihnya menjadi kabur (fuzzy). Ini boleh dihasilkan dengan menggunakan tetapan aperture besar (f-number kecil) seperti f/1.8 - di mana selalunya salah satu foreground/background akan berada dalam keadaan fokus.   Aperture memberikan impak yang besar terhadap depth of field. Aperture besar akan mengurangkan kesan depth of field manakala aperture kecil akan meninggikan kesan depth of field. Ini mungkin akan memberikan sedikit kekeliruan kepada pengguna DSLR yang baru, namun sedikit demi sedikit anda akan memahaminya. Cara mudah untuk mengingati kesan saiz aperture terhadap Depth of Field - nombor f-kecil (Aperture besar) bermaksud DOF kurang, nombor f-besar (Aperture kecil) bermaksud DOF banyak. 
Contoh gambar small depth of field
Contoh gambar large depth of field


vi.       Balance

Dalam fotografi, balance merupakan salah satu teknik komposisi di mana ia merupakan elemen visual yang terdapat dalam sesebuah bingkai (frame) yang mempunyai berat. Objek ayng besar biasanya mempunyai berat yang lebih berbanding objek yang kecil manakala objek gelap pula mempunyai berat yang lebih berbanding objek terang. Oleh itu, posisi elemen juga memainkan peranan yang kritikal di mana posisi di tengah-tengah selalu dikatakan sebagai posisi yg seimbang. Namun begitu, keseimbangan juga boleh diperolehi jika bahagian yang lebih berat di sebelah kanan diseimbangkan dgn yg lebih ringan di sebelah kiri di mana posisi yang lebih ringan hendaklah berada jauh daripada posisi tengah. 
H4038 - Balance Building
    
     Salah satu cara utk mperolehi keseimbangan adalah melalui simetri (symmetry). Pantulan permukaan lanskap di atas air yang tenang antara contoh simetri yang terbaik. Pantulan juga boleh diterjemahkan di atas kanvas seperti ‘Rorschach inkblot’ yang digunakan dalam ujian psikologi.
H4038 - Rorschach Inkblot

H4038 - Symmetry Taj Mahal


]Sebelum capture image, tentukan setting mode anda. Yang penting jangan takut untuk mencuba dan latihan sehingga anda mampu memahami dan menggunakan mode-mode kamera DSLR ini secara maksimum.
Selamat Meneroka kamera anda...

Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

TEMA: KESELESAAN

Ruang belajar yang selesa teramatlah penting untuk dikekalkan bagi menjamin ketenangan umum terutamanya pelajar dalam menuntut ilmu. Terdapat sebuah Perpustakaan utama di Universiti Kebangsaan Malaysia ini, di mana ianya terletak di kampus Bangi, iaitu Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL). Dengan keselesaan perpustakaan yang ditawarkan di UKM ini, ramai pelajar yang tidak jemu-jemu datang untuk menyiapkan tugasan mereka di perpustakaan. Umunya, kita sering kali melihat bahawa mereka yang pergi ke perpustakaan adalah semata-mata untuk meminjam buku. Namun, perkara yang sebenar ialah setiap peranan perpustakaan ini sebenarnya merupakan kawasan bagi musyawarah ilmu secara terbuka. Saya berani menjanjikan kepada pembaca, bahawa keselesaan perpustakaan di UKM ini merupakan perpustakaan yang terbaik dalam kalangan Universiti.

1. Long Shot









2. Medium Shot










3. Close-up









4. Low-angle Shot









5. High-angle Shot